AL WAFI MARKETING SDN. BHD dahulunya dikenali sebagai ALBIQA ENTERPRISE ditubuhkan pada 10 Disember 1997, adalah sebuah syarikat yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Bumiputera Muslim 100%, yang berpusat di Batang Kali, Selangor.
Syarikat kami memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pengedaran produk makanan & minuman kesihatan berasaskan dari biji Habbatus Sauda’. Kami yakin dengan saranan dari Rasulullah s.a.w yang meyakini kehebatan biji Habbatus Sauda’.
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam penjenamaan kami, syarikat kami memilih nama “AL-WAFI” sebagai jenama kami. Dan seiring dengan maksudnya, iaitu SETIA, kami menerapkan prinsip : MAMPU, YAKIN dan BERMANFAAT sebagai kunci produk kami kepada pelanggan.
Setelah hampir 2 dekad di pasaran, jenama AL-WAFI kini telah mendapat kepercayaan menjadi pelopor Jenama Islam yang dipercayai dan diyakini dalam menyediakan produk-produk berasaskan Sunnah yang berkualiti tinggi dan diyakini oleh pelanggan di Malaysia dan di Asia Tenggara.